INFO KOLEJ

     Perutusan Pengarah
    Latarbelakang
     Wawasan, Misi & Matlamat
     Logo


PENTADBIRAN


KEMUDAHAN



 

 


 

 

 

 

      Perutusan Dari Pengarah

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin mengucapakan selamat datang kepada semua pengunjung laman web Kolej Eastern ini. Laman web ini dibangunkan untuk memudahkan pelajar dan orang luar mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan Kolej Eastern. Penggunaan teknologi yang semakin berkembang pada masa kini memerlukan pelbagai kemahiran dalam bidang teknologi maklumat. Selaras dengan itu, Kolej Eastern Kota Kinabalu menyediakan peluang kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi maklumat dan pengurusan perniagaan.Kolej Eastern akan berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada warga pelajar supaya pelajar dalam belajar dalam suasana yang selesa dan ceria. Dengan adanya persekitaran yang selasa untuk menuntut ilmu, di harap pelajar akan dapat menggunakan peluang yang ada untuk terus melangkah maju ke hadapan demi masa depan yang akan datang. Keperluan ilmu pengetahuan untuk bersaing dalam alam pekerjaan merupakan satu cabaran kepada para pelajar pada masa kini, tanpa ilmu pelajar tidak akan mampu mendapat tempat dalam arena pekerjaan. Oleh itu saya berharap pelajar akan menggunakan sebaik-baiknya peluang yang ada untuk menuntut sebanyak mana ilmu di Kolej Eastern ini demi masa depan mereka. Saya selaku Ketua Pengarah di Kolej Eastern ini berharap agar pelajar dan kakitangan kolej ini saling bekerjasama untuk memperkenalkan Kolej Eastern ini kepada orang ramai dan berharap dengan adanya laman web ini semua maklumat yang berkaitan dengan kolej dapat diperolehi dengan mudah dan cepat seiring dengan penggunaan pesat teknologi pada masa kini.

Selamat Maju Jaya !  

ENCIK SAZALLY BAHARUDIN

Copyright ©2009 Eastern College. All Rights Reserved.