INFO KOLEJ

     Perutusan Pengarah
    Latarbelakang
     Wawasan, Misi & Matlamat
     Logo


PENTADBIRAN


KEMUDAHAN

     Pembelajaran
     Penginapan
    Pembiayaan Pengajian
   



 

 


 

 

 

 

      Latarbelakang Kolej Eastern


Menyedari keperluan terhadap mempertingkatkan pengetahuan dan pendidikan dalam pelbagai bidang dan peringkat, maka Syarikat Infoteguh Sdn Bhd telah ditubuhkan bagi menyumbang ke arah keperluan tersebut. Premis syarikat terletak 5 kilometer dari Pusat Bandaraya. Ditubuhkan dalam tahun 2003, syarikat ini milik 100% ekuiti bumiputra.
 
    Syarikat Infoteguh Sdn. Bhd bermula dengan menjalankan operasi yang menjurus kepada penyediaan pusat latihan dan perkhidmatan dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat, pengurusan, pendidikan dan di samping turut menjalankan sendiri beberapa latihan dan perkhidmatan tersebut. Kemudahan yang disediakan adalah mengikut piawaian pusat latihan dan perkhidmatan yang telah mencapai kecemerlangan dalam arena ini dengan dilengkapi oleh keperluan teknologi terkini. Sehubungan dengan itu, premis Syarikat Infoteguh Sdn Bhd telah mendapat kepercayaan Open University Malaysia (OUM) untuk dijadikan salah satu Pusat Pembelajaran mereka di Sabah.

     Melangkah setapak ke hadapan, pada November 2004 , permohonan Syarikat Infoteguh Sdn Bhd untuk menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenali sebagai Kolej Eastern telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Kelulusan ini meliputi kelulusan untuk menawarkan beberapa program jangka pendek dan jangka panjang iaitu Diploma Teknologi Maklumat, Sijil Sains Komputer, Asas Teknologi Maklumat serta beberapa program jangka pendek dalam bidang komputer.

Copyright 2009 Eastern College. All Rights Reserved.